Pengiraan dan Catatan hasil Buah Kelapa Sawit menjadi semakin mudah di Malaysia dan Indonesia dengan adanya Penggunaan Perisian Komputer “Autotrack On Demand Agriculture Tracking”
18/Oct/2019
Bagaimana Autotrack boleh membantu dalam industri minyak sawit bagi mengemas-kini dan mengumpul maklumat buah sawit? Hubungi kami untuk mencuba aplikasi ladang minyak kelapa sawit anda
Pengenalan
Selepas buah kelapa sawit siap di tuai dan dikumpulkan di platform oleh pekerja anda, penyelia atau “mando” perlu datang melawat ke platform untuk melakukan pengiraan buah sebelum dipindahkan ke kilang untuk pengekstrakan minyak.
Kebanyakan pemilik ladang minyak kelapa sawit pada masa kini merekodkan transaksi penuaian harian mereka pada sehelai kertas borang pemeriksa dan juga digunakan untuk mengira gaji pekerja dan untuk tujuan menyimpan rekod penuaian harian. Selepas pemeriksa selesai merekod, inspektor kawalan kualiti bertanggungjawab mengumpul borang pemeriksa tersebut daripada pemeriksa. Pengiraan semula akan dilakukan oleh inspektor kawalan kualiti di setiap platform minyak kelapa sawit.
Walaubagaimanapun, sebelum gaji pekerja diserahkan dan jumlah hasil tuaian dikira semula di kilang minyak kelapa sawit, kerani kebun perlu mengisi semula data ke dalam excel sistem komputer untuk tujuan rekod dan pengiraan. Hal ini menyebabkan duplikasi dan salah rekod dan masih diguna pakai oleh pemilik ladang minyak kelapa sawit masa kini.
Sebaik sahaja transaksi penuaian selesai, laporan transaksi penuaian harian akan dihasilkan dari lembaran excel secara terus dan disimpan mengikut nama fail pada tarikh tersebut. Untuk mengambil kembali rekod transaksi penilaian sebelumnya akan menjadi cabaran kepada pekerja kerani kebun.
Bagaimana Autotrack membantu memperbaiki proses ini?
Sejak adanya aktiviti untuk laporan transaksi penuaian ini di jalankan, kami memperkenalkan Autotrack kepada pelanggan kami bagi membantu dan memudahkan pekerjaan harian mereka bagi mencatat dan merekod transaksi penuaian harian mereka setiap hari.
Data kemudiannya di hantar ke server melalui 2G, 3G, 4G atau 5G teknologi. Sesetengah kawasan tanpa liputan Rangkaian Kawasan Luas (WAN), pemeriksa masih perlu ke pejabat semula untuk membuat pemindahan data yang telah direkodkan ke server Autotrack. Pada masa yang sama, pemeriksa kawalan kualiti perlu membuat tugasan yang sama seperti pemeriksa dan 2 keputusan individu yang berbeza akan dibandingkan oleh Autotrack dan keputusan akan dibuat oleh Pengurus Kebun jika percanggahan berlaku di antara mereka.
Penggunaan Autotrack juga dapat membantu menjana laporan harian, mingguan, dan bulanan yang digunakan oleh kerani kebun sebagai tujuan mengemukakan laporan untuk pengiraan gaji pekerja. Selain itu, semudah satu klik sahaja untuk kerani kebun mengambil semula laporan penuaian yang lepas.
Untuk keterangan lebih lanjut berkaitan dengan Autotrack untuk kilang kelapa sawit anda, sila hubungi kami seperti di bawah :
Mr Tan : 012-686 1650 Mr Tiwen : 012 499 1650 Mr Danny : 012-302 1650 Mr Sungfoh : 012-526 1650
Atau email kami di [email protected] dan pewagai jualan kami akan segera hubungi anda semula.
Read more from: https://www.alcaidc.com/Public/Solution/PalmOilTracking.aspx
|